SEORANG pelajar lelaki di Sekolah Tinggi David W Butler maut selepas ditembak lawannya. - Foto AP |
Penembak, dikenal pasti cuma sebagai pelajar lelaki di Sekolah Tinggi David W Butler di Matthews, di tenggara Charlotte, segera ditahan, kata polis.
“Tiada ancaman lain atau bahaya kepada mana-mana pelajar atau kakitangan, atau sesiapa di kawasan sekolah.
“Saya cuma dapat beritahu penembak sudah ditahan oleh Jabatan Polis Matthews dan keluarganya sudah dimaklumkan,” kata jurucakap polis, Kapten Stason Tyrrell, kepada wartawan berhampiran sekolah.
Sekolah itu ditutup ketika pelajar yang cedera, yang juga tidak didedahkan identitinya, dikejarkan ke Pusat Perubatan Carolinas di Charlotte.
Beliau meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Pelajar kemudian dibenarkan menemui ibu bapa yang membanjiri kawasan sekolah, manakala polis menyoal siasat saksi dan mengepung lokasi jenayah.
Video keselamatan menunjukkan dua pelajar bergaduh sebelum tembakan. — Reuters
No comments:
Post a Comment