Kelebihan menghafal sudah diketahui ramai. Cuma cara untuk membimbing jarang dikongsikan.
Cara untuk mengajar anak membaca Al Quran boleh diterapkan di dalam kehidupan seharian, malah ia juga boleh mulai dari seawal 6 bulan. Disini, saya ingin kongsikan tips-tips untuk medidik anak-anak menghafal Al Quran.
1. Mulakan dengan memberikan si kecil anda mendengar ayat suci Al Quran
Anda boleh mula mendidik anak-anak membaca Al Quran semasa dia dalam kandungan. Setiap detik basahi mulut anda dengan ayat-ayat Al Quran. Anda juga perlu tanamkan niat. Niatlah supaya anak mendengar ayat-ayat Al Quran yang dibaca oleh ibunya dan kerana Allah. In Shaa Allah anak anda akan berkembang dengan bijak apabila mendengar ayat-ayat Al Quran.
2. Gunakan dengan bantuan alat mengajar untuk anak-anak
Pada usia 6 bulan, kita boleh ajar mereka dengan menggunakan flashcard. Bayi hanya boleh lihat dengan 3 warna sahaja, putih, hitam dan merah, iaitu, kertas berwarna putih, tulisan huruf warna hitam dan baris bewarna merah. Flash kan setiap hari paling kurang 2 kali sehari. Sekali flash hanya 15 saat sahaja. Pilih 5 huruf untuk minggu pertama.
3. Memasang kaset didalam kereta
Tambahan lagi, untuk mendidik anak anda, pasangkan kaset Al Quran di dalam kereta, tidak kira pergi ke mana-mana.
4. Jadikan Halaqah/Usrah membaca Al Quran di dalam Rumah Anda.
Susun jadual rumah anda, setiap hari selepas maghrib halaqah/usrah membaca Al Quran. Kalau tak dapat setiap hati, pastikan seminggu sekali. Satu keluarga bersama-sama membaca Al Quran.
Dengan ini si kecil juga akan dapat mendengarnya sekali. Kecintaan anak-anak anda terhadap Al Quran akan semakin membuak-buak.
5. Bina suasana di rumah Al Quran di Mana-Mana
Hashtag #AlQuranDiManaMana kalau bahasa zaman teknologi sekarang.
Maksudnya di sini, letakkan Al Quran di tempat yang mudah untuk dicapai dan mudah untuk dilihat oleh anak-anak anda. Dengan ini, anak anda akan mula mencintai untuk membacanya.
6. Baca Sebelum, Semasa & Selepas Tidur
Tidur adalah antara masa yang penting untuk memasukkan memori dalam minda anak-anak. Kita perlu memasukkan Al Quran dalam hati dan otak anak ketika SEBELUM TIDUR, SEMASA DAN SELEPAS BANGUN TIDUR. Sebelum mereka tidur (tidur pada waktu malam), pasangkan alunan Al Quran secara sayup-sayup di tempat anak tidur. Jangan pasang terlalu kuat. Lebih baik lagi, pasangkan sehingga waktu pagi. Ini kerana, kanak-kanak atau bayi akan terjaga banyak kali pada setiap malam.
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Sumber : Almukhlisin
No comments:
Post a Comment