Tanggungjawab Ibubapa Mendidik Anak Membaca Al Quran - Bonda

Thursday, 29 November 2018

Tanggungjawab Ibubapa Mendidik Anak Membaca Al Quran


Apabila ibubapa mendidik anak membaca Al Qur’an menjadi hak anak yang harus ditunaikan orang tuanya, maka mendidik anak menulis ayat-ayat Al-Quran juga menjadi hak anak yang wajib ditunaikan oleh orang tuanya. Rasulullah SAW menegaskan dalam sabdanya :

Belajar membaca alqur’an untuk kanak-kanak


Sebagaimana belajar membaca Al-Quran, anak-anak juga ditekankan untuk serius, rajin dan giat dalam belajar menulis Al-Quran. Hasan bin Ali r.a pernah berpesan kepada anak-anaknya sekaligus kepada anak saudara-keponaknnya. “Belajarlah, sesungguhnya kalian kini adalah generasi kecil di kalangan masyarakat, namun esok kalian akan menjadi generasi dewasa di kalangan masyarakat. Maka barangsiap tidak mampu menghafal, hendaklah dia mencatat atau menulisnya.

Jika anak belum boleh membaca Al-Quran dengan baik. Agar anak lebih bermotivasi untuk membaca dan menghafal Al-Quran cubalah berikan panduan dan tips untuk membantu memudahkan kanak-kanak belajar membaca Al-Quran dengan cepat :

1. Pada peringkat awal, rangsang dan biasakan telinga anak-anak kita mendengar lafaz-lafaz Al-Quran. Mulakan dengan surah atau ayat yang akan dibaca dan dihafal. Pada prinsipnya, apabila anak sudah dikenalkan dengan asma Allah dalam ayat suci Al-Quran sejak berada dalam kandungan. Itulah awal tahap terbaik untuk merangsangkan minda kanak-kanak. Dengar dengan baik dan berulang-ulang, sehingga memori kanak-kanak akan terus dipenuhi lafaz-lafaz Al-Quran. Ingatlah bahawa usia emas anak bermula dari 0-9 tahun, di mana ia mudah meniru dan menghafal. Para ibu bapa boleh memanfaatkan masa emas itu.

2. Bukan itu saja, ibubapa mulakan untuk memperkenal kepada anak ayat hafalan yang sebenarnya. Cubalah memberikan waktu yang khusus untuk menemani saat anak menghafal sambil mendengarkan pita rakaman atau memutarkan cakera padat. Sambil mengiringinya membaca, ingatkan mereka jika ada bacaan atau huruf yang salah atau terlewat.

3. Ibubapa juga boleh menggalakkannya untuk membuat nota kecil yang dapat dibawa kemana-mana. Anjurkan pada anak-anak untuk melafazkan ayat-ayat yang ingin dihafal itu apabila ada waktu yang terluang. Contohnya, apabila dalam perjalan ke sekolah, menunggu waktu masuk kelas atau ketika pulang ke rumah.

4. Selain itu, ibu bapa juga perlu menghantar anak-anak mengikuti kelas Al Quran atau hantarnya dimasjid berhampiran rumah. Suasana yang kondusif dan rakan-rakan di persekitaran pengajian atau masjid dapat membantu beliau menghafal dengan cepat.

No comments:

Post a Comment