Rasa sejuk perut ibu mengandung apabila anak sudah pandai baca al-Quran sejak dari kecil lagi apatah lagi menghafal kalimah suci itu dengan baik.
Ibu mana yang tak mahu melihat anaknya pandai membaca Al-Quran. Apatah lagi boleh menghafalnya. Oleh itu, ibu tahu tak bagaimana cara ajar anak hafal Al-Quran?
Sebenarnya, cara ajar anak hafal Al-Quran ini boleh dimulakan sejak anak berumur dua tahun ke atas lagi. Kenapa agaknya dua tahun agaknya?
Ia disebabkan, pada usia anak ketika ini, mereka masih mudah dibentuk dan senang dilentur untuk terima ajaran dari kedua ibu bapanya.
Secara tak langsung dengan cara ajar anak hafal Al-Quran ini, anak akan menjiwai bacaannya dalam Al-Quran dan mempraktiskannya dalam kehidupan seharian.
Bagaimana anda nak ajar anak hafal al-Quran? Begini 7 caranya:
7 cara ajar anak hafal Al-Quran
#1: Membiasakan si kecil dengan ayat suci Al-Quran
Maksudnya, ibu perlulah baca Al-Quran ketika hamil. Takpun ibu hamil boleh memasang mana-mana surah dan mendengarnya dengan bayi dalam kandungan.
Barulah anak akan jatuh cinta mendengar kalimah suci itu. Bahkan anak akan berkembang dengan sihat dan pintar apabila mendengarnya.
#2: Pasangkan video di hadapan anak
Cara ajar anak hafal Al-Quran ini juga boleh dimulakan dengan memasangkan video-video hafalan Al-Quran melalui youtube atau application website yang lain.
Kemudian selang selikan dengan video bacaan doa, zikir dan kisah-kisah nabi.
#3: Menggunakan flash card
Selepas anak dilahirkan, cara ajar anak hafal Al-Quran ini boleh dilakukan dengan memberi si kecil tengok flash card yang berwarna-warni dan mengandungi huruf-huruf jawi.
Ia boleh dimulakan ketika anak berumur 2 bulan ke atas. Seronok tau bila tengok mata si kecil anda terkelip-kelip melihat flash card itu. Secara tak langsung, ia merangsang perkembangan otak anak,
#4: Memasangkan kaset rakaman dalam kereta
Ini yang sering ibu bapa buat sebagai cara ajar anak hafal Al-Quran iaitu memasang kaset rakaman cd/dvd dalam kereta. Tak kira ke mana saja destinasi yang akan dituju.
Biar telinga dan bibir anak dibasahi sentiasa dengan kalimah dan surah Al-Quran.
#5: Menguji surah
Mungkin cara ini sedikit kritis untuk dilakukan kerana ia memerlukan anak yang sudah bersedia untuk diuji tahap hafalan al-Qurannya.
Tapi anda boleh memulakannya dengan surah-surah pendek seperti surah Al-Ashr, surah Al-Kafirun, surah Al-Maun dan banyak lagi. Anda boleh lihat pada halaman belakang Al-Quran dan pilih mana surah yang pendek.
Anak pun pasti teruja bila anda memintanya menghafal satu surah pendek. Lama-lama dia pasti boleh hafal satu naskah Al-Quran. Insyallah, doakan!
#6: Mengalunkan ayat suci Al-Quran ketika tidur
Sebelum anak masuk tidur, ibu boleh membacakan surah-surah pendek kepada anak kemudian mintanya mengikut sama membaca surah tersebut.
Pada awalnya, mungkin ia kedengaran sedikit pelat atau tak sempurna bacaannya tapi kalau diasah selalu mesti bacaan anak akan bertambah baik. Ibu pun pasti seronok dan bangga!
#7: Jadikan baca Al-Quran sebagai hobi
Biasanya hobi anak ini lebih suka baca komik, main video game atau layari internet. Hobi yang ini tak salah tapi selitkan juga bacaan dan hafalan Al-Quran.
Sedikit sebanyak ia merupakan jalan untuk ajar anak hafal Al-Quran setiap hari.
Bagaimanaka pula dengan anda, apakah cara dan kaedah yang anda lakukan untuk mudahkan anak hafal Al-Quran? Jangan lupa kongsikan dengan kami.
No comments:
Post a Comment