Getuk Ubi Kayu - Bonda

Saturday, 24 November 2018

Getuk Ubi Kayu


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

1 kg ubi kayu (Dikupas kulit dan dipotong kecil)
4 sudu makan gula
1 cawan kelapa parut (Diambil putih sahaja)
½ sudu teh garam
Minyak masak secukupnya

Bahan B

1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung gandum
½ cawan air
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:


  • Rebus ubi kayu. Kemudian tus dan tumbukkan sehingga hancur. 
  • Gaulkan ubi kayu dengan gula, kelapa, dan garam sehingga sebati. 
  • Bentukkan seperti bebola kecil. 
  • Bancuhkan semua bahan B dan celupkan bebola ubi. 
  • Goreng menggunakan minyak yang panas sehingga berwarna keperangan. 
  • Angkat dan tuskan minyak. 

Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment