Bagaimana cara nak masak Koleh Ubi Badak?
Bahan-bahan diperlukan:
½ biji ubi badak (Dipotong kecil)
1 cawan santan pekat
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Sedikit minyak
Cara menyediakan dan memasak:
- Cuci ubi badak sehingga bersih. Kemudian rebuskan dengan sedikit garam sehingga empuk. Tuskan.
- Masukkan ubi dan santan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan gula dan garam. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan tepung gandum dan kacau lagi sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat bersaiz 7 inci yang disapukan dengan sedikit minyak.
- Kukus selama 30 minit ataupun sehingga masak.
- Sejukkan, kemudian potong dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment