Idea Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Ke Atas. Jom Cuba Mommies! - Bonda

Sunday, 25 November 2018

Idea Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Ke Atas. Jom Cuba Mommies!


Ingin dapatkan idea menu yang boleh disediakan untuk bayi anda? Ikuti resipi-resipi mudah mengikut setiap peringkat umur ini!

Pada peringkat umur 6 hingga 6 bulan, makanan yang diberikan kepada bayi anda lebih elok jika dimasak terlebih dahulu supaya ianya mudah dihadam.

Hidangkan puri makanan yang tidak dicampurkan dengan bahan-bahan lain buat masa ini. Ini bertujuan untuk anda ketahui jika bayi anda mempunyai reaksi alahan terhadap sesuatu makanan.

Antara makanan sesuai untuk bayi berumur 6 - 8 bulan:


#Buah-buahan: Pisang, epal, pir, avokado
#Sayur-sayuran: Lobak merah, ubi keledek, kacang peas
#Bijirin: Barli, oat, nasi

1. Pisang puri


Bahan-bahan:
- 1 biji pisang (dikupas dan dihiris)
- Air masak / susu ibu / susu formula

Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang.
2. Panaskan adunan selama 25 saat atau lebih untuk lembutkan lagi pisang.
3. Cairkan adunan dengan air / susu.
4. Siap untuk dihidang!

2. Lobak merah puri


Bahan-bahan:
- 1 biji lobak merah (dibuang kulit dan dipotong kiub)
- Air masak / susu ibu / susu formula

Cara-cara:
1. Cuci bersih lobak merah. Jika boleh, gunakan lobak merah organik.
2. Masukkan ke dalam blender dan kisar hingga hancur.
3. Cairkan dengan air / susu.
4. Siap untuk dihidang!

Nota: Kaedah mengukus lebih baik daripada merebus kerana ianya dapat mengekalkan kandungan zat di dalam bahan makanan.

3. Bubur nasi


Bahan-bahan:
- 1/4 cawan beras (dicuci bersih dan dikisar halus)
- 1 3/4 cawan air

Cara-cara:
1. Didihkan air.
2. Masukkan beras dan kacau.
3. Biar reneh dan teruskan mengacau sekurang-kurangnya 10 minit.
4. Siap untuk dihidang!

Nota: Untuk mendapatkan kandungan khasiat yang lebih baik, beras perang boleh digunakan sebagai alternatif.

Nota penting: Maklumat dan resipi yang dikongsi di dalam artikel ini bertujuan untuk pengetahuan am sahaja. Untuk mendapatkan kepastian, bincangkan pelan makanan anda bersama doktor bayi anda terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment