Resepi Ayam Paprik - Bonda

Sunday, 25 November 2018

Resepi Ayam Paprik


Bagaimana cara nak masak Ayam Paprik?


Bahan-bahan diperlukan:


300 g isi ayam (Dipotong kecil)
1 labu bawang besar (Dibelah 6)
3 ulas bawang putih (Diketuk)
5 biji cili api (Diketuk)
1 batang serai (Diketuk)
½ batang lobak merah  (Dipotong kecil)
2 sudu makan kicap pekat
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
½ cawan air
3 sudu makan sos tiram
1 biji capsicum hijau
100 g kubis bunga
5 helai daun limau purut
3 biji limau kesturi  (Diambil jusnya)
2 sudu makan minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:


Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bahan yang diketuk sehingga wangi.
Masukkan isi ayam dan kacau rata.
Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili, air, dan sos tiram. Biarkan mendidih.
Masukkan capsicum dan kubis bunga kemudian kacau rata.
Apabila mendidih, masukkan daun limau purut dan kacau.
Masukkan jus limau dan tutup api.
Hidangkan bersama nasi putih, mi, ataupun bihun yang sudah dicelur.

No comments:

Post a Comment