Bagaimana cara nak masak Tok Aji Serban?
Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A (Lapisan bawah)
2 cawan beras pulut (Rendamkan selama 2 jam)
2½ cawan santan cair
½ sudu teh garam
Bahan B (Lapisan atas)
½ cawan gula pasir
½ cawan gula merah
½ cawan air panas
(Gula pasir, gula merah dibancuh dengan air panas & ditapis)
1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
½ cawan tepung gandum
3 biji telur
½ sudu teh garam
Cara menyediakan dan memasak:
- Basuh dan tuskan pulut dan masukkan semua bahan A ke dalam loyang.
- Kukuskan sehingga masak.
- Lapikkan plastik di dalam loyang bulat yang lain bersaiz 8 inci.
- Tekan pulut yang dikukus tadi supaya mampat dan rata. Kukuskan semula.
- Bancuhkan semua bahan B dan tapiskan ke dalam mangkuk.
- Cakarkan sedikit permukaan pulut dengan garpu dan tuangkan adunan.
- Kukus lagi selama 30 minit.
- Sejukkan dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment