Resepi Ayam Panggang Serai Dengan Air Asam Istimewa - Bonda

Sunday 10 March 2019

Resepi Ayam Panggang Serai Dengan Air Asam Istimewa


Bahan Resepi Air Asam:

1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan daun kesom
Sedikit hirisan daun bawang
1 ulas bawang kecil – hiris nipis
1 sudu teh serbuk beras pulut sangai – sangai je tepung beras pulut.Goreng tanpa minyak.
4 sudu besar sos ikan
3 sudu makan gula kelapa thai (thai palm sugar)- kalau takde boleh ganti dengan gula perang
1 sudu sudu makan pes asam jawa adabi- cairkan dgn sedikit air panas
2 sudu makan thai chilli flakes
3 biji limau nipis diambil perahan jusnya sahaja
1 sudu makan minyak zaitun jika mahu
Cara Penyediaan Air Asam Pencicah :

1: Sediakan semua bahan lepas tu masukkan semua ke dalam satu bekas. Sesuaikan rasa ikut kemahuan selera anak tekak anda.Hee. Siap dah .Senang je kan.

Bahan Resepi Ayam Panggang Serai:

Untuk 1 ekor ayam saiz 1.5-2kg ya.

7 ulas bawang putih – tumbuk halus
3 batang serai- hiris nipis2, kemudian tumbuk halus
1/2 sudu makan lada hitam ditumbuk halus
3 sudu makan gula perang ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh paprika
1 sudu teh serbuk cajun – boleh di beli di pasaraya
4 sudu makan minyak jagung
1/2 biji perahan limau nipis
Garam secukup rasa
Aji- optional

Cara Penyediaan Resepi Ayam Panggang Serai :

1: Belah ayam di bahagian tengah.Bersihkan ayam dan cucuk dengan garpu di bahagian isi dada dan lain untuk bolehkan hasil perapan masuk ke dalam isi.

2:Tumbuk bahan perap yang perlu ditumbuk hingga halus. Sediakan bahan perapan dan mula sapu pada seluruh permukaan ayam. Urut-urut lembut supaya bahan perap masuk ke dalam dan rata.Perap minima 4 jam atau semalaman.

3: Letak aluminium foil atau kalau oven anda besar, boleh cucuk pada tengah tempat khas untuk golek ayam. Panaskan oven dan bakar pada suhu 200’C selama 1 jam 20 minit atau sehingga ayam masak bergantung pada saiz ayam.
Siap untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment