Resipi KUih Ros / Kuih Loyang dengan Tips Yang Confirm Menjadi - Bonda

Sunday, 10 March 2019

Resipi KUih Ros / Kuih Loyang dengan Tips Yang Confirm Menjadi


Bahan Resepi Kuih Ros / Kuih Loyang :

4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
2 cawan santan (santan kara saya guna di campur dengan 2 cawan air dan disukat semula ambil 2 cawan sahaja.
2 bji telur ayam
1 sudu makan aiir kapur makan
Secubit garam
Minyak untuk rendaman acuan
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan Kuih Ros Cantik Seperti Pakar :

1: Masukkan tepung beras , gandum, telur, garam dan santan ke dalam blender dan kisar sampai halus. Buat dalam 2 kali sukatan kalau blender kecik. Tapiskan masuk ke dalam bekas besar. Tapis untuk elakkan berketul ya.

2: Panaskan periuk yang minyak untuk merendam acuan dan juga kuali yang ada minyak untuk menggoreng.

3: Celupkan acuan ke dalam periuk dalam anggaran 1-2 minit dan barulah direndam ke bekas yang ada adunan kuih ros tadi. Celup 3/4 daripada acuan sahaja untuk mudahkan kuih ros tanggal. jangan celup keseluruhan acuan.

4: Bila dah celup tu dalam adunan, celup pula dalam minyak untuk menggoreng dan goyang sedikit supaya adunan tertanggal. Boleh juga cungkil dengan lidi sate ya.

5: Tapi kalau anda nak rendam dalam kuali yang sama pun boleh aslkan guna kuali besar tapak rata ya. Ada dalam gambar kami sertakan ni.

6: Seeloknya guna dua acuan supaya cepatkan kerja. Masak macam biasa dan ulang langkah celup dlm minyak panas khas untuk rendam acuan, celup 3/4 ke dalam adunan, celup goyang dalam kuali menggoreng.Bila siap kuih perlu simpan ditempat kedap udara.

No comments:

Post a Comment