Bahan-bahan :
Bahan Perap :
2 hiris halia
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh kecil garam
Perapkan ikan 1/2 jam dengan bahan yang telah ditumbuk.
Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu makan tepung jagung di depan dan belakang ikan siakap untuk elak isi ikan melekat dan garingkan ikan. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak.Angkat setelah ikan garing pada kedua-dua bahagian.Terus letak atas daun salad yang telah dihias.
Bahan-bahan Sos:
1/2 biji bawang merah- dadu
1/2 biji bawang Holland- dadu
2 ulas bawang putih – dadu
2 helai daun limau purut
2 hiris halia- hiris memanjang
3 tangkai cili padi merah
1 tangkai cili besar hijau
1 batang serai- hiris serong
1 hiris nanas- hiris dadu
Bahan Kisar :
1/2 biji bawang merah
1/4 biji bawang Holland
1 ulas bawang putih
1/4 sudu teh ketumbar& jintan putih
2 hiris nipis serai
1/4 hiris nipis halia
Bahan Lain :
1 1/2 senduk cili kisar
1 senduk sos cili Life
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh asam jawa + 3/4 air
1 3/4 sudu makan gula
3/4 sudu kecil garam
1/2 sudu makan perencah
Cara Masak :
1: Guna minyak baki goreng ikan siakap tadi dalam satu senduk makan.Masukkan bahan tumis ikan siakap kecuali cili dan nenas.Tumis hingga naik bau dan masukkan 1 senduk bahan kisar. Tumis lagi hingga naik bau dan sedikit garing.
2: Tambahkan cili kisar dan masak dengan api kecil hingga pecah minyak.Baru masukkan sos cili,sos tiram dan air asam jawa. Kacau sekata dan biar sedikit mendidih sebelum perasakan ikut selera.
Tuangkan ke atas ikan dan siap.
No comments:
Post a Comment