Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Tadika, Prasekolah, Taska : Sains - Bonda

Monday, 18 March 2019

Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Tadika, Prasekolah, Taska : Sains


Tajuk : Habitat

Objektif Pengajaran :

Kanak-kanak berupaya memahami dan mengenalpasti perbezaan habitat haiwan.

Pengenalan (Set Induksi) (5 minit) : 

1. Menyoal murid-murid dengan menyuruh mereka berfikir ; Apakah keperluan haiwan untuk hidup?

2. Menulis "Apa keperluan haiwan" di papan putih dan galakkan mereka untuk berfikir. Galakkan mereka berfikir mengenai perbezaan antara haiwan dan manusia. Tanya soalan seperti : Dimanakan kucing/lembu berehat?; Apakah makanan bagi haiwan? Adakah haiwan memerlukan sesuatu untuk tinggal dengan selamat daripada mangsa?

3. Terangkan kepada mereka tempat tinggal haiwan dipangggil HABITAT dimana ia merupakan suatu tempat tinggal untuk haiwan.

Langkah-Langkah :

1. Baca dengan kuat buku 'Habitats by William B. Rice'.


2. Soal kanak-kanak supaya mereka berfikir mengenai perbezaan jenis-jenis habitat di dalam dunia ini dengan menamakan beberapa habitat yang mereka tahu (gurun, hutan, laut, hutan)


3. Tanya mereka binatang apa yang ada di setiap tempat tersebut.

4. Beri mereka nota pelekat dan suruh mereka melukiskan haiwan yang disebut oleh guru. Kemudian, buat satu permainan dimana murid tersebut meletakkan lukisan di nota pelekat di tempat yang betul. (Suaikan jenis habitat di papan putih).

5. Terangkan kepada kanak-kanak mengenai habitat tersebut (kanak-kanak pilih).

Penutup : 

1. Guru memberi salinan kertas kerja "Habitat Haiwan Saya" kepada kanak-kanak.

.

Mak ayah yang nak cari pendapatan tambahan jadi droship buku PTS boleh  klik link https://bit.ly/33JnIIT








No comments:

Post a Comment