Pau atau juga dikenali sebagai ‘Steamed bun’ antara salah satu makanan yang sesuai dimakan pada bila-bila masa saja. Pada mulanya, pau ni datang dari kalangan orang cina kan. Sebab tu ramai yang mencari resepi pau cina.Lagipun selalu kita tengok dalam cerita kungfu banyak scene makan pau.
Inti resepi pau kukus lak tak terhad. Boleh letak inti ayam kari , inti kacang merah atau hitam , inti kelapa, inti sardin atau nak letak cheese seketul dalam pau pun boleh,
Macam-macam versi pau yang ada sekarang ni. Ingat tak tahun lepas viral pau cendawan. Tapi saya tetap sukakan pau versi orang-orang lama. Terutama sekali pau inti kelapa parut dan pau inti kacang merah.
Kali ni jom kita tengok resepi pau kukus yang hanya guna 5 bahan mudah saja tau. Tapi Insyaallah , montel montel pau nya selepas dikukus dan berkilat.
Saya nak bagi tips sikit .Untuk bahan penting dalam resepi pau, adalah yis. Anda kena pastikan yis hidup.Caranya rendam dalam air suam n tunggu 10 minit.Kalau berbuih , bagus. Yis hidup.Kalau tiada apa, maksudnya yis dah rosak.Tu lah yang bezakan hasil pau kita.
Bahan-bahan untuk resepi pau kukus :
1 ½ kg tepung gandum cap kunci
7 sudu besar gula atau susu pekat manis
4 sudu teh yis kering / 11g x 2 paket
700 ml air suam
1 sudu kecil serbuk penaik
Cara-cara membuat pau kukus montel ni :
#1: Bancuhkan yis kering dengan sedikit air suam bersama gula atau susu pekat manis. Kemudian, biarkan bancuhan kita kembang dan berbuih. Biarkan dalam 10 minit hingga 20 minit.
#2: Sementara itu, satukan tepung gandum bersama serbuk penaik dan sedikit gula. Setelah air bancuhan kita kembang, tuangkan ke dalam tepung dan gaul sekata. Uli hingga menjadi doh yang betul-betul elastik. Tambahkan air sedikit demi sedikit ya. Uli doh hingga doh tidak melekat pada tangan. Doh perlulah elastik. Ini bertujuan supaya pau kita menjadi licin dan cantik.
#3: Setalah itu, perapkan doh selama 30 minit hingga doh mengembang sekali ganda. Pastikan anda tutup doh kita tadi ya. Setelah itu, tumbuk-tumbuk manjda doh kita yang telah mengembang untuk mengeluarkan angin. Kemudian, anda bolehlah bulat-bulatkan ia.
#4: Doh yang telah dibulatkan, anda boleh isikan inti di dalamnya. Pelbagai inti yang aawak suka kat dalam ni.
#5: Setelah masukkan inti, alaskan pau kita dengan paper cup. Anda perlu pastikan permukaan pau betul-betul licin. Barulah pau kita cantik dan gebu! Biarkan pau kita rehat seketika. Kemudian, kukus pau tadi selama 8 minit ke 10 minit sahaja dengan api sederhana. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Anda dah baca cara nak buat pau yang cantik dan gebu? Kalau dah, apa yang ditunggu lagi. Resepi ni juga boleh digunakan untuk doh donut tau.
Kredit : Daridapur
No comments:
Post a Comment