Bahan-bahan diperlukan:
4 cawan beras Basmati
5 sudu makan mentega
1 inci halia (Dihiris)
3 ulas bawang putih (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
4 cawan air
1 kiub pati ayam
1 tin jagung biji (Kennel)
20 biji bebola ayam
Garam secukup rasa
3 biji cili hijau (Dipotong dadu)
2 biji cili merah (Dipotong dadu)
½ cawan bawang goreng
Cara menyediakan dan memasak:
1-Basuh beras dan rendamkan sama paras dengan air selama 30 minit.
2-Panaskan mentega di dalam kuali.
3-Tumis bahan yang dihiris, buah pelaga, dan kulit kayu manis sehingga wangi.
4-Masukkan bebola ayam. Gorengkan sehingga bebola agak garing.
5-Masukkan beras, jagung biji, kiub pati ayam, air, cili merah, cili hijau, dan garam ke dalam periuk elektrik.
6-Tuangkan semua bahan gorengan di dalam kuali ke dalam periuk nasi elektrik dan kacau rata. Biarkan sehingga nasi masak.
7-Gemburkan nasi dan hidang. Taburkan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment