Resepi Puding Roti Pelangi - Bonda

Tuesday, 12 March 2019

Resepi Puding Roti Pelangi


Bahan-Bahan: 

Bahan A

20 gram agar agar tali dicuci bersih
5 cawan air
3/4 cawan gula
Didihkan air di dalam periuk , baru masukkaan agar-agar tali hingga hancur dan larut baru masukkan gula ya. Ketepikan seketika.

Bahan B

4 keping roti gardenia dicarik kecil dan dibuang bahagian tepi
1 tin susu cair
1 biji telur ayam
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan tepung jagung
1 penutup botol esen vanilla
Secubit garam
Pewarna ikut suka

Cara Penyediaan:

1: Kisar semua Bahan B kecuali pewarna hingga hancur sebati. Kalau nak lagi cantik tapiskan. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk yang mengandugi air agar-agar tadi.Kacau sebati dan bila dah mula memekat, tutup api.

2: Bahagikan adunan ke 4 bahagian dalam anggaran 1/2 cawan. Baki adunan akan dijadikan lapisan bewarna putih . Warnakan setiap bahagian dengan pewarna pilihan anda. Basahkan sedikit loyang atau acuan pilihan, lepas tu tuang secara berselang seli adunan yang bewarna bagi membentuk corak puding bewarna warni.

3: Biarkan adunan ini 10-15 minit di bawah kipas untuk ianya membeku sedikit sebelum dituang dengan adunan tanpa pewarna tadi dengan perlahan. Boleh guna kaedah tuang di atas senduk untuk elakkan adunan pelangi rosak.Panaskan adunan tanpa pewarna jika ianya sejuk sebelum dituang ke dalam loyang.

4: Simpan dalam peti sejuk bahagian biasa sekitar 2-3 jam untuk bagi puding roti pelangi anda membeku. Bila nak makan, terbalikkan dan potong. Loyang segi empat sesuai digunakan.

No comments:

Post a Comment