Bahan-bahan:
300 gram cornflakes
500 gram nestum
1 cawan marjerin jenama Planta
7 sudu makan penuh madu
3/4 cawan gula halus
Sukatan menggunakan cawan metrik ya.
Cara-cara penyediaan:
1: Masukkan cornflakes di dalam bekas dan hancurkan menggunakan tangan.Jangan terlalu hancur lumat cukuplah sekitar70-80% seperti di dalam gambar di bawah.Selepas itu campurkan pula serbuk nestum dan kacau rata.Ketepikan.
2: Dalam bekas yang lain, masukkan marjerin Planta,gula dan madu.Kaau hingga sebati menggunakan senduk kayu sahaja. Tak perlu hancur.Masukkan adunan ke dalam bekas dan sebatikan. Jika adunan nampak kering, tambah madu dan sedikit marjerin sehingga menjadi lembab.
3: Masukkan adunan ke dalam tray acuan biskut yang sesuai seperti dalam gambar di bawah. Tekan dan padatkan supaya biskut nestum menjadi mampat dan tidak hancur.
4: Panaskan oven pada suhu 180’C 10 minit.Barulah masukkan tray biskut .Ya bakar bersama tray.Tak perlu sapu adunan marjerin pada dasar acuan. Bakar pada suhu 180’C menggunakan api atas dan bawah pada tempoh masa 6 minit. Ini bergantung pada oven anda ya.
Bila dah masak, bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam acuan kertas biskut sarang semut tu. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment