Mee Hailam Special - Bonda

Tuesday 2 April 2019

Mee Hailam Special


Bahan-bahan diperlukan:

1 paket mi kuning
4 ulas bawang putih (Diketuk)
100 g isi ayam (Dihiris nipis)
1 cawan air
100 g bebola ikan (Dibelah 2)
100 g sotong (Dihiris)
100 g udang
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan lada hitam (Ditumbuk)
2 pokok sawi hijau (Dipotong kecil)
100 g kubis (Dihiris)
2 biji telur ayam
3 sudu makan minyak masak
Garam sekiranya perlu

Cara menyediakan dan memasak:

1-Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2-Masukkan isi ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3-Apabila ayam lembut, masukkan bebola ikan, sotong dan udang. Kemudian kacau rata.
4-Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mi kuning. Kacau rata sekali lagi.
5-Masukkan sayuran lain dan telur. Biarkan telur masak sedikit dan kacau perlahan-lahan.
6-Angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment