Resepi Bubur Sumsum Untuk Si Kecil - Bonda

Friday, 26 April 2019

Resepi Bubur Sumsum Untuk Si Kecil


Bubur sumsum siap menemani anda petang ini. Bubur sumsum jarang dihidangkan untuk hidangan jamuan mesyuarat atau kenduri lainnya kerana ia agak sukar untuk dihidangkan masa kenduri disebabkan kuahnya yang manis melekit. Oleh itu selalunya bubur sumsum dimasak untuk hidangan sendiri.

Bubur sumsum merupakan sejenis kuih yang dimakan dengan kuah manis yang melekit sehingga boleh mengundang semut sebab manisnya. Bubur sumsum berwarna putih dibuat daripada tepung beras dan dihidangkan bersama-sama air nisan atau gula kabong. Namun, untuk versi si manja,, kita tukarkan kepada buah-buahan yang manis seperti buah naga dan lain-lain.

Jom lihat resepi di bawah :

Bahan-Bahan : 

Tepung beras
Santan/air
Daun pandan (optional)

Cara-cara Penyediaan : 

#1: Larutkan dulu tepung beras bersama santan/air.
#2: Letak di atas api yang perlahan. Kacau sampai pekat. Bila sejuk dia seperti puding.
#3: Boleh makan bersama puree buah/kurma untuk rasa manis. Makan kosong pun sedap. Sebab rasa lemak santan.

Tips

#1: Bubur sumsum akan kelihatan berkilat sedikit apabila masak.


Sumber Resepi: Nurul Atiqah Othman

No comments:

Post a Comment