Resepi Roti Sardin Ketagih Sedap - Bonda

Saturday 27 April 2019

Resepi Roti Sardin Ketagih Sedap


“Alahai banyak lagi roti ni dah muak nak makan. Esok dah nak expired. Nanti tak makan membazir pulak…”

Kadang-kadang bila ada banyak lagi roti di rumah, rasa dah tak lalu nak makan dengan jem atau sekaya. Tapi nak tak nak kena habiskan juga memandangkan tarikh luputnya makin hampir.

Apa kata cuba resepi ringkas ini. Mudah je nak buat tapi sedap sangat sampai asyik ulang-ulang makan tanpa sedar!

Bahan-Bahan:

3 biji telur ayam size B
1 tin kecil ikan sardin ikut jenama anda suka
2 tangkai cili padi hijau
2 tangkai cili padi merah
1/2 tangkai cili merah besar
Sedikit bawang merah
Sedikit bawang besar / bawang holland
Sedikit daun bawang
Sedikit garam dan serbuk perasa.
Kalau ada serbuk lada sulah, blackpepper, mix herbas ,oregano boleh la letak sikit-sikit ikut citarasa.Semua ini terpulang.

Kalau anda suka lagi pedas, boleh la masukkan lagi cili ya.

Cara Penyediaan:

1-Potong dadu bawang dan hiris halus cili.
2-Masukkan semua bahan kecuali roti ke dalam satu bekas dan satukan.
3-Pukul manja supaya semua sebati dan letakkan sedikit perasa yang anda suka.
4-Lepas tu boleh la potong roti ikut yang anda suka.Nak segi empat ke nak segi tiga semua boleh.
5-Ambil roti sekeping demi sekeping dan celup 3-4 kali dalam campuran isi sardin tadi. Biarkan dengan telur dan isi sardin melekat di atas roti.
6-Panaskan kuali non stick dan letakkan minyak sedikit sahaja. Masak roti hingga masak ikut tahap kegaringan anda mahu.Balik sekali sahaja tau.
Siap.

No comments:

Post a Comment