Lapisan Bawah Talam Lapis Ubi Keledek
500 gm keledek rebus (lecek)
150 gm tepung jagung
200 gm gula pasir (kurangkan utk kurang manis)
Campur dengan bahan-bahan lain, kacau hingga menjadi pes.Masukkan dalam satu loyang (9×9) dan ratakannya.Kukus sebentar 10 minit.
Lapisan Atas Talam Lapis Ubi Keledek
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
1 sudu teh garam
Cara-cara Penyediaan :
1-Bancuh tepung beras dengan santan itu hingga licin. Kacau atas api hingga naik wap dan sedikit melikat (jgn terlalu pekat).
2-Tuang ke atas lapisan talam lapis ubi keledek yang sudah dikukus tadi.
3-Kukus lagi selama 20-25 minit atau sehingga lapisan santan ‘set’ dan masak.
4-Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan talam lapis ubi keledek
No comments:
Post a Comment