Resepi Muffin Coklat Chip Gebu Tanpa Mixer Yang Sangat Sedap - Bonda

Saturday 6 April 2019

Resepi Muffin Coklat Chip Gebu Tanpa Mixer Yang Sangat Sedap


Kenapa tak guna mixer tapi muffin coklat ni gebu ? Ianya adalah hasil tindak balas agen penaik iaitu serbuk soda bikarbonat dan juga baking powder ya. Nanti kalau nak buat dan guna hand mixer pun boleh.Lagi bertambah-tambah gebu dan merekah la muffin awak.

Bahan-bahan:

3 cawan tpg gandum *
1 cawan serbuk koko*
1 sudu teh baking powder *
1 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh garam *
1 1/2 cawan 2 cawan gula
2 biji telur gred A
2 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung/masak

Cara penyediaan:

1-Panaskan oven sekitar 10 minit pada suhu 210’C.Biarkan. Untuk bahan-bahan yang bertanda *, satukan ke dalam bekas besar dan ayak .Ayak 2-3 kali untuk dapatkan adunan yang sangat sebati.
2-Masukkan bahan basah iaitu telur,susu,gula dan minyak jagung.
3-Kacau atau hand mixer atau guna je blender sehingga semua sebati.3 pilihan kami beri tu tau.Campurkan bahan kering ke dalam adunan basah bila dah sebati dan kacau sehingga tidak berketul.Jika masih berketul,anda boleh tapis adunan.
4-Susun paper cup pilihan anda dan isikan dengan adunan.Jangan isi penuh tau.Cukup pada 3/4 isipadu paper cup sahaja.Nak tabur coklat chip atas muffin atau almond atau apa-apa,dipersilakannya.
5-Bakar muffin coklat dengan topping pilihan anda pada suhu 200’C dan selama 20 minit bergantung pada jenis oven anda menggunakan api atas bawah ya.Siap.

No comments:

Post a Comment