Pelukan Ibu Bapa Dapat Menjadikan Anak Semakin Bijak - Bonda

Tuesday, 2 April 2019

Pelukan Ibu Bapa Dapat Menjadikan Anak Semakin Bijak


Anak merupakan satu anugerah yang besar yang dikurniakan oleh Tuhan kepada pasangan suami isteri yang telah berkahwin. Setiap ibu bapa pastinya sayang akan anak-anak mereka. Adakah anda suka memeluk anak kecil anda? sekiranya ya, maka jangan berhenti melakukan perbuatan tersebut kerana perbuatan yang anda lakukan itu akan memberikan manfaat yang besar terhadap anak anda.

Menurut penyelidikan yang terkini, kasih sayang fizikal yang dicurahkan dan ditunjukkan kepada anak-anak kecil semasa tempoh pembesaran mereka amat penting bagi membantu perkembangan otak dan pemikiran mereka.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh pihak Nationwide Children's Hospital yang terletak di Ohio, otak kanak-kanak lebih cepat berkembang apabila mereka menerima kasih sayang yang cukup daripada ibu bapa mereka.

Sebanyak 125 orang bayi yang masih kecil telah dijadikan eksperimen untuk menunjukkan betapa sentuhan kasih sayang secara fizikal daripada ibu bapa mereka semasa mereka masih kecil dan berada dalam fasa perbesaran akan memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan otak dan pemikiran bayi tersebut.



Dr. Nathalie Maitre memberitahu bahawa kajian ini telah membuktikan bahawa hanya dengan satu perkara yang kecil iaitu sentuhan kasih sayang daripada ibu bapa kepada anak-anaknya boleh memberikan impak dan kesan yang besar terhadap pertumbuhan anaknya dan bagaimana otak anak mereka berkembang.

Oleh hal yang demikian, sayangilah dan belailah anak anda dengan baik dan pelulak mereka selalu agar mereka dapat membesar untuk menjadi insan yang berguna kepada diri, masyarakat dan negara. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada orang yang tersayang.

No comments:

Post a Comment