Ada yang demam. Ada yang meragam selama berhari-hari, malah berminggu lamanya pun ada sebelum gigi betul-betul muncul. Sebagai ibu bapa, anda mesti tak sanggup tengok anak menangis dalam kesakitan kan. Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk bantu redakan penderitaan anak?
Jom lihat perkongsian daripada Alyaa Razif ini untuk melegakan kesakitan gigi dengan membuat ais krim yogurt kepada anaknya,
Jom lihat resepi :
Resepi Ais Krim Yogurt
Bahan bahan :
Yogurt
Buah-buahan (citarasa masing-masing, boleh buat mengikut buah kegemaran anak-anak)
Cara cara :
#1: Potong buah kecil-kecil. Masukkan 2 sudu besar yogurt. Gaul dan masukkan dalam bekas acuan ais krim.Bekukan semalaman. Siap!
Mommy guna mango n dragon fruit. Sedap bila yogurt masam mix dengan buah manis 😋
Selain untuk kurangkan gatal gusi baby, buah dan yogurt bagus untuk lawas dan elak sembelit.
No comments:
Post a Comment