Resepi Mango Cheesekut Untuk Si Kecil - Bonda

Thursday, 25 April 2019

Resepi Mango Cheesekut Untuk Si Kecil



Ibu mana yang tak seronok bila tengok anak makan dengan penuh berselera? Sebab itu apabila masuk usia 12 bulan, ibu boleh masukkan bahan lain dalam hidangan si kecil.

Jom kita lihat apa lagi resepi makanan bayi 12 bulan ini.

Apabila anak sudah berselera, ibu perlu lebih kreatif dan berdaya cipta dalam menu si kecil. Tidaklah nanti anak itu rasa bosan bila disuap benda yang sama setiap hari.

Oleh itu, diharap perkongsian dan panduan menyediakan resepi makanan bayi 12 bulan daripada Shahida Ismail ini boleh membantu ibu-ibu yang lain.

Bahan-Bahan 

Biskut Baby (Hancur-hancurkan)
Tatura Cheese
Susu Full Cream
Sedikit madu
Mangga

Cara Penyediaan : 

#1: Campurkan biskut baby dan susu kacau sehingga sebati.
#2: Kisar Cheese bersama sedikit susu dan madu
#3: Tuang kedalam adunan biskut. Letak mango sebagai topping. Simpan dalam peti ais dan sedia untuk makan.

*Berbeza setiap bayi, ibu bapa perlu memastikan anak-anak boleh menerima makanan ini dahulu sebelum memberi makan dalam kuantiti yang banyak. 

No comments:

Post a Comment