Resepi Sotong Masak Kicap Berempah Mudah - Bonda

Monday 1 April 2019

Resepi Sotong Masak Kicap Berempah Mudah


Bahan-Bahan:

8-10 ekor sotong, dibersihkan
3 sudu besar cili kisar
1 helai daun pandan, carik dan simpul
1 batang serai, dititik
1 biji tomato, hiris nipis
1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
kicap manis, secukupnya
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji bawang besar, hiris nipis

Bahan untuk dikisar atau tumbuk halus:

1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan untuk rempah tumis:
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
3 batang cengkih
4 biji buah pelaga

Cara Penyediaan:

1-Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dan rempah tumis sehingga naik bau.
2-Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kacau sehingga pecah minyak.
3-Masukkan pula daun pandan, serai, tomato dan sotong.
4-Apabila sotong sudah separuh masak, tuang kicap manis bersama sos tiram.
5-Masak sehingga sotong lembut. Perasakan guladan garam secukupnya. Hati-hati kerana kicap sudah manis.
6-Sebelum angkat, tabur hirisan bawang besar dan kacau dalam 2-3 minit.
Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment