Resepi Roti Telur Mudah Dan Sedap - Bonda

Monday, 1 April 2019

Resepi Roti Telur Mudah Dan Sedap


Bahan-Bahan:

5 keping roti Gardenia
2 biji telur
2 sudu besar susu full cream
1/2 biji bawang besar, hiris nipis
Butter secukupnya
1/4 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

1-Pecahkan telur di dalam mangkuk.
2-Masukkan susu, garam dan bawang.
3-Kacau sebati.
4-Panaskan kuali leper, lebih baik jika gunakan kuali non stick. Masukkan 1 sudu kecil butter.
5-Celup kedua belah bahagian roti di dalam adunan telur. Kautkan bawang dan letakkan dia atas bahagian yang hendak di goreng. Cepat-cepat telangkupkan ke atas kuali. Apabila bahagian bawah masak, kautkan bawang ke bahagian atas dan cepat-cepat terbalikkan.
6-Masak sehingga garing keperangan.
Angkat dan hidang.

No comments:

Post a Comment