Resepi Spageti Bebola Daging Sedap - Bonda

Friday, 12 April 2019

Resepi Spageti Bebola Daging Sedap



Bahan-bahan diperlukan:

1 paket spageti (Direbus sehingga lembut)
500 g daging kisar
½ cawan tepung jagung
1 labu bawang holland (Dipotong dadu)
1 tin cendawan butang (Dihiris)
3 biji tomato (Dipotong dadu)
1 batang lobak merah (Dipotong dadu)
1 cawan sos tomato
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 biji capsicum merah (Dipotong dadu)
1 biji capsicum hijau (Dipotong dadu)
50 g daun parsli (Dicencang halus)
2 sudu makan minyak jagung
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1-Gaulkan daging kisar dengan tepung jagung. Bulatkan seperti bebola kecil. Ketepikan.
2-Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang holland sehingga  naik bau.
3-Masukkan cendawan butang, tomato, lobak merah, sos tomato, serbuk oregano, serbuk lada hitam, dan garam. Kemudian kacau rata.
4-Masukkan bebola daging tadi. Kacau perlahan sehingga  mendidih dan masak.
5-Masukkan capsicum hijau dan capsicum merah. Kacau rata sekali  lagi.
6-Tuangkan di atas spageti. Taburkan daun parsli semasa menghidang.

No comments:

Post a Comment