Resepi Lasagna Special - Bonda

Friday 12 April 2019

Resepi Lasagna Special



Bahan-Bahan:

Kepingan lasagna segera, tak perlu rebus, parutan keju mozarella, secukupnya
serbuk keju parmesan, secukupnya.

Bahan untuk sos bolognaise:

300 gram daging atau ayam kisar
379 gram @ 1 jar kecil sos prego traditional
3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
4 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji capsicum hijau, potong dadu
6 biji cendawan butang, hiris nipis
1 cawan carot yg dipotong dadu kecil
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk sos putih:

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 keping keju cheddar cheesedale
1 sudu besar serbuk parmesan cheese
1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
lada putih dan garam secukup rasa
Nota: guna 3 keping cheese jika tak masukkan keju parmesan

Cara Penyediaan:

1-Cara untuk masak sos bolognaise:
2-Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya.
3-Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, karot dan sos prego.
4-Masak sehingga karot lembut.
5-Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambahkan air jika kuah kering. Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang dugunakan adalah yang segera atau kering.

Cara untuk memasak sos putih:

1-Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
2-Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese. Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih seta sedikit garam. Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.
3-Angkat dan sejukkan

No comments:

Post a Comment