Resepi Telur Dadar Cheese - Bonda

Friday 12 April 2019

Resepi Telur Dadar Cheese


Bahan-bahan diperlukan:

1 biji telur
1 keping keju cheddar
1 keping 'chicken ham'

Cara menyediakan dan memasak:

1-Pukul telur tadi sehingga kembang sedikit.
2-Potong 'chicken ham' tadi sehingga menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam telur yang telah dipukul tadi.
3-Panaskan kuali, sebaiknya gunakan kuali tidak melekat.
4-Masak telur tadi seperti mana membuat telur dadar. Jangan balikkan dahulu.
5-Letakkan keju tadi di tengah-tengah telur tadi. Lipat 2 telur dadar tadi dan barulah dibalik-balikkan.
6-Angkat telur yang siap dan potong 2..bolehlah dimakan bersama roti, daun salad, tomato dibuat sebagai sandwich **boleh letak bahan-bahan yang lain jika anda mahu.

No comments:

Post a Comment