Bahan-bahan :
180 gm mentega
80 gm shortening
90 gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila
70 gm cream cheese
Bahan B :
400 gm tepung gandum
80 gm tepung jagung
Bahan C :
1 botol coklat Cadbury – 200 pcs
Putih telur untuk sapu
Cara membuatnya :
#1-Pukul bahan A hingga sebati dan kembang.
#2-Masukkan bahan B. Gaul rata.
#3-Rehatkan selama 15-30 minit di dalam peti sejuk untuk senang terap.
#4-Potong/terap mengikut saiz dan ketebalan lebih kurang coklat Cadbury dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit dengan suhu 150-160’C,
#5-Kemudian bakar selama 20 minit menggunakan api atas bawah.
Note : 5 minit terakhir itu untuk pusingkan tray untuk pembakaran sekata.
#6-Biarkan biskut sejuk. Sapu sedikit putih telur. Letakkan Cadbury.
#7-Bakar lagi 5 minit hingga bawah dan keliling biskut kelihatan perang, guna api atas-bawah, rak paling bawah.
#8-Sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara berlayerkan baking paper (untuk serap lebihan minyak).
No comments:
Post a Comment