Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap - Bonda

Friday, 10 May 2019

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap


Bahan-bahan:

• 5-6 ketul ayam
• 1 biji bawang besar merah*
• 4 ulas bawang putih*
• 1 inci halia*
• 1 inci kunyit hidup*
• 10-15 tangkai cili padi*
• 2 tangkai serai
• 2 cawan air
• 3/4 cawan santan
• Garam
• Air limau kasturi/asam keping
– tumbuk halus/kisar bahan bertanda *

Cara-cara:

#1. Tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk/dikisar sehingga naik bau.
#2. Masukkan ayam. Kacau rata dan biarkan sebentar.
#3. Masukkan air. Biarkan sehingga ayam separuh masak.
#4. Masukkan santan. Kacau dan masukkan pula kentang.
#5. Perasakan dengan garam dan sedikit air limau kasturi.
#6. Masak sehingga kentang lembut.
.

No comments:

Post a Comment