Resepi Biskut Conflakes Coklat Ragup Mudah - Bonda

Thursday 9 May 2019

Resepi Biskut Conflakes Coklat Ragup Mudah



Bahan-Bahan: 

200 gram cornflakes
400 gram coklat milk compound Beryl
Sedikit Colour Rice sebagai hiasan

Cara Buat Biskut Cornflakes Coklat :

#1-Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boil (sy buat dua jenis coklat, dark choc & white choc. Terpulang nak buat white @ dark coklat dulu. Buat satu persatu.
#2-Selepas coklat dah cair, tutup api.Selepas itu masukkan cornflakes ke dalam coklat yang panas dan cair sepenuhnya tu dan gaulkan sehingga sebati.
#3-Lepas tu masukkan dalam baking case dan taburkan sedikit hiasan. Boleh susun atas dulang atau tray.
#4-Biarkan sehingga chocolate cornflakes tu kering, baru boleh susun dalam balang. **Untuk elakkan biskut cornflakes coklat menjadi lemau, selepas dah masukkan dalam baking case tadi, biarkan biskut sehingga betul-betul sejuk barulah susun.
**Cara saya mmg mudah, kerana tak perlu menggunakan oven. Pada yg bertanya tentang bahan2 tersebut, terpulang pada citarasa masing2.Contohnya cornflakes & chocolate ada banyak jenis brand.Tak kisah nak guna apa2 brand pun.
**Masa coklat dah cair, gaulkan jer cornflakes tu dengan coklat panas2.Takkan lemau.Kalau tunggu coklat tu sejuk nanti keras lah pulak coklat tu.

Dah siap.Selamat mencuba.

Mak ayah yang nak cari pendapatan tambahan jadi droship buku PTS boleh  klik link https://bit.ly/33JnIIT

No comments:

Post a Comment