Resepi Biskut Sampan Mudah - Bonda

Thursday 9 May 2019

Resepi Biskut Sampan Mudah


Bahan-Bahan:

2 buku/pek buttercup
1 1/4 cwn gula perang
1 cawan tepung jagung
5 cawan tepung gandum
1/2 cawan nestum kisar
2 sudu tepong ubi
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
2 cwn kelapa kering disangai

Hirisan ceri merah dan hijau jika mahu
Tips : Gunakan cawan metrik standard untuk sukatan.Beli je di kedai bakeri. Senang untuk anda sukat sama.

Cara Penyediaan : 

#1-Satukan butter dengan gula. Kacau dengan senduk kayu sehingga sebati dan mulai kembang. Baru tambah esen vanilla dan kuning telur. Teruskan kacau sebati.
#2-Masukkan tepung ubi, tepung jagung ,nestum dan juga 1 cawan kelapa kering.
#3-Kacau sebati guna tangan atau senduk kayu. Barulah masukkan tepung gandum sikit demi sedikit ke dalam adunan sambil sebatikan jadi doh.
#4-Asingkan 1/4 adunan untuk dijadikan inti. Adunan ini ditambah lagi dengan baki 1 cawan kelapa kering tadi.
#5-Susun acuan aluminium biskut sampan lepas tu masukkan atau terap adunan ke dalam acuan.Jangan penuh tapi buat macam alur,lubang di bahagian tengah untuk kita letak intinya nanti. Tebal kulit luar ala-ala ketebalan doh tart tu.
#6-Masukkan inti kelapa dan tekan manja supaya melekat, tambah hirisan ceri merah dan hijau jika mahu. Sama gak tekan bagi rapat. Sambil tu panaskan oven. Bila siap hias, bakar biskut sampan dengan suhu 160’C selama 20 minit guna api atas bawah.
#7-Tunggu suam je biskut baru keluarkan dari acuan. Insyaallah tak melekat.Selamat mencuba resepi biskut sampan ni.

No comments:

Post a Comment