Resepi Biskut Famous Amos Versi Raya - Bonda

Wednesday 8 May 2019

Resepi Biskut Famous Amos Versi Raya



Bahan-Bahan:

Bahan A

1/2 cawan gula yang dikisar halus
1/2 cawan gula perang ( brown sugar ) guna yang serbuk
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
1 biji telor Gred A
Sedikit garam halus sahaja
1 sudu besar susu segar ( Guna Dhl Low Fat best )
1 sudu kecil teh esen vanilla

Bahan B

4 cawan tepung gandum * ayak
2 sudu besar serbuk koko * ayak
2 susu besar tepung jagung * ayak
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan kacang walnut yang telah dicincang
2 cawan coklat chips ( pilih yang kurang manis )

Cara Penyediaan:

1-Menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana , adun semua bahan A ke dalam satu bekas besar sehingga menjadi sebati . Ketepikan seketika. Pastikan bahan yang perlu diayak telah diayak.
2-Selepas itu menggunakan spatula kayu, masukkan satu persatu dan sedikit demi sedkit bahan B seperti tepung gandum terlebih dahulu , barulah serbuk koko dan sebagainya.

Tips – Tepung jagung dimasukkan sehingga adunan menjadi sesuai .Masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung.

2-Selepas dimasukkan semua bahan , kacau adunan sehingga sebati dan semua bercampur dengan elok.
3-Panaskan oven pada suhu 160’C selama 15 minit.
4-Sementara itu, sudukan adunan dan susun dengan cantik di atas dulang pembakar. Gentel biasa je.
5-Bakar adunan menggunakan suhu yang sama iaitu 160’C selama 20 minit +- mengikut kesesuaian oven anda.
7-Siap dah biskut Famous Amos yang sangat rangup ni taw.

Memang senang kan ? Biskut yang masak dibiarkan sejuk dan disimpan dalam bekas kedap udara untuk bertahan lebih lama. Selamat mencuba resepi biskut famous amos ni.

No comments:

Post a Comment