Bahan-Bahan :
18 gram agar-agar bertali
3 cawan air
1 tin susu cair
5 sudu makan gula
2 sudu teh serbuk koko
2 sudu teh serbuk milo
1 sudu teh esen vanilla
1/2 bungkus biskut Oreo
1/2 sudu makan strawberi emulco
.
Cara Penyediaan :
#1-Rendam agar-agar dengan air 30 minit. Didihkan 3 cawan air dan barulah masukkan agar-agar.
#2-Kacau sebati dan larut.Baru masukkan gula dan susu cair.Kacau supaya sebati.
#3-Mula buat lapisan pertama , ambil 2 cawan adunan tadi,masukkan strawberi emulco.Tuang dalam acuan, sejukkan 10 minit.Keluarkan dan gores sedikit. Mula lapisan kedua, 1 cawan adunan tadi, masukkan 1 suudu teh serbuk koko dan 1 sudu teh serbuk milo,kacau sebati dan tuang.Masuk dalam peti 6 minit dan mula lapisan ketiga.
#4-Ambil dua cawan adunan tadi, patahkan biskut oreo jadi 4 bahagian.Ambil je sekali dengan krim.Tuang adunan lepas tu susun je biskut yang dipatahkan tu.Masukkan dalam peti 10 minit dan buat lapisan ke empat.
#5-Ambil baki adunan, masukkan 1 sudu teh milo dan 1 satu sudu teh serbuk koko. Tuang.Masukkan dalam peti dan biarkan 1.30-2 jam barulah boleh dikeluarkan dan dipotong.
Senang je kan cuma ambil masa nak melapis tu je sekejap.Tapi berbaloi cantik betul hasilnya kan.Selamat mencuba resepi puding coklat oreo ni.
No comments:
Post a Comment