Resepi Biskut Raya Red Velvet Sedap - Bonda

Thursday 9 May 2019

Resepi Biskut Raya Red Velvet Sedap



Bahan – Bahan :

120 gram margerin
10 gram minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gram tepung beras
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gram coklat chip putih

Cara Penyediaan :

#1-pastikan bahan kering seperti tepung gandum dan tepung beras terutamanya diayak terlebih dahulu .
#2-Selepas itu, gabungkan tepung gandum dgn tepung beras dan serbuk koko. Ketepikan seketika.
#3-menggunakan hand mixer kelajuan sederhana , putarkan margerin bersama dengan minyak sapi, gula kastor sehingga adunan mengembang dan warna bertukar.
#4-Masukkan telur dan putar lagi seketika sebelum dimasukkan esen vanilla dan pewarna merah. Putar sebati.
#5-masukkan sedikit demi sedikit bahan kering pada langkah pertama tadi dan kacau menggunakan spatula kayu.Kacau sebati.
#6-ambil sudu dan ambil adunan , lemperkan sedikit di atas dulang pembakar dan hias dengan coklat chip putih. Panaskan seketika oven selama 10-15 minit pada suhu 150’C . Selepas itu, bakar adunan yang telah siap disusun selama 20 minit pada suhu yang sama. Apabila masak, keluarkan , biarkan seketika dan simpan dalam balang kedap udara

No comments:

Post a Comment