Bahan-Bahan :
Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan lemak sayuran
2 sudu makan marjerin
Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/4cawan minyak jagung
Garam secukup rasa
1/2 cawan air
Bahan Inti:
4 biji kentang | buang kulit dan potong dadu kecil
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan udang kering | direndam dan kisar
4 ulas bawang merah | dicincang halus
2 ulas bawang putih | dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Mula dengan menyediakan inti, panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
3. Kacau rata dan masukkan kentang dan sedikit air.
4. Kacau hingga kentang empuk.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan doh A. Satukan semua doh A, adun sebati dan boleh dikepal.
7. Kemudian bahagikan kepada empat bahagian dan bulatkan.
8. Untuk doh B, panaskan minyak dan tuang ke dalam mangkuk berisi tepung.
9. Gaul rata dengan senduk kayu hingga menjadi seperti serbuk roti.
10. Tuangkan air sedikit demi sedikit, sambil uli hingga sebati.
11. Bahagikan juga doh kepada empat bahagian , dan bulat-bulatkan.
12. Canai satu bahagian doh B, lalu salutkan doh menjadi satu doh bulat lebih besar. Ulang untuk doh seterusnya.
13. Doh yang telah disatukan, dicanai dengan ketebalan tidak terlalu nipis atau tebal. Kemudian gulung dan gelek sekali lagi. Ulang untuk doh seterusnya.
14. Rehatkan doh lebih kurang 15 minit agar mesra dan lembut.
15. Potong enam bahagian setiap doh.
16. Canaikan setiap bahagian, kemudian masukkan inti dan klimkan tepinya dengan kemas.
17. Panaskan minyak, goreng menggunakan api sederhana hingga karipap kuning keemasan.
18. Angkat dan toskan.
Kredit : Nolia Adam
No comments:
Post a Comment