Resepi Talam Gula Merah Lemak-Lemak Manis Sedap - Bonda

Friday, 17 May 2019

Resepi Talam Gula Merah Lemak-Lemak Manis Sedap


Bahan Untuk Lapisan Bawah:

1 cawan gula merah masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir
5 cawan air biasa
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara-Cara Penyediaan Lapisan Bawah: 

1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.

Bahan Untuk Lapisan Atas: 

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara-Cara Penyediaan Lapisan Atas :

1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja.
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment