Bahan-bahan :
tepung gandum 500gm
mentega 250gm
1 gelas air sejuk
1 sudu kecil garam
Bahan Untuk Inti :
5 biji ubi kentang
bawang besar 1 biji
bawang putih 4 ulas
lada hitam 2 sudu besar (mengikut citarasa kepedasan) ditumbuk
jintan manis 1/2 sudu besar(ditumbuk)
ayam/daging dipotong kecil atau dicincang (terpulang nk letak isi bapa banyak)
garam secukup rasa
kunyit (terpulang nk letak berapa sudu sbg pewarna kuning)
minyak masak untuk menumis.
air untuk empuk kan ubi kentang
daun bawang dan daun sup
Cara menyediakan dan memasak:
#1-cair kan mentega dan gaul bersama tepung gandum sehingga menjadi serbuk..
#2-bancuh air sejuk bersama garam dan masukkan bersama adunan tadi sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
INTINYA: masuk kan minyak masak dan tumiskan bawang besar,bawang putih,jintan manis sehingga bau wangi serta garing
masukkan isi ayam/daging dan gaul sekata,masukkan lada hitam yg ditumbuk,kunyit,ubi kentang dan juga masuk kan sedikit air untuk empukkan ubi.masukkan garam secukup rasa..apabila dah lembut ubi kentang masukkan daun sup dan daun bawang yg dipotong.
5-Akhir sekali, doh bolehlah dicanai dan dimasukkan inti. Kelim dengan kemas dan goreng hingga garing.
No comments:
Post a Comment