Resepi Biskut Snow Almond Sedap - Bonda

Thursday 9 May 2019

Resepi Biskut Snow Almond Sedap



Bahan-Bahan: 

Bahan A : 
100 gram butter(guna mentega pun boleh)
1/ 2 sudu makan shortening
50 gram gula kastor
1/2 sdt esen kopi ( kalau tiada guna je esen vanilla )
1 biji kuning telur

Bahan B :
110 gram tepung gandum cap kunci ( cap lain pun boleh )
25 gram nestum dikisar
1 sudu makan coffeemate
35 gram tepung ubi
20 gram serbuk badam
Bahan Hiasan : 
Breadcrumb (serbuk roti putih)
Coklat masakan Beryls Milk Compund

Cara Penyediaan: 

#1-Menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana , masukkan dan kacau Bahan A iaitu butter,shortening dan gula kastor sehingga sebati tak perlu kembang, selepas itu masukkan lagi baki Bahan A. 
#2-Kacau sebati guna senduk kayu je.
#3-Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit dan kacau adunan dengan tangan menjadi doh yang boleh diuli. Selepas itu , terap adunan doh mengikut acuan biskut kesukaan anda.
#4-Acuan doh yang siap dibentuk disusun di atas dulang pembakar. 
#5-Panaskan oven pada suhu 190’C selama 5 minit terlebih dahulu . 
#6-Selepas itu , bakar biskut selama 20 minit pada suhu 170-180’C bergantung pada oven anda masing-masing ya.
#7-Biskut snow almond yang masak dibiarkan sejuk seketika . Selepas itu , celupkan biskut ke dalam adunan coklat masakan yang dicairkan guna kaedah double boil dan salut bersama serbuk roti. Siap .

siap dah kan biskut snow almond ni , jangan lupa simpan di dalam bekas kedap udara. Memang sangat sedap dan berbaloi!

No comments:

Post a Comment