Resepi Kentang Putar Dengan Kuah Blackpepper Istimewa - Bonda

Tuesday, 14 May 2019

Resepi Kentang Putar Dengan Kuah Blackpepper Istimewa



Untuk peminat masakan Western, hari ini kami berikan resepi kentang putar ataupun mashed potato yang kena dengan selera khas untuk anda cuba dan jadikan ianya resepi kegemaran. Sama ada nak makan macam tu sahaja, ssesuai untuk bagi mereka yang berdiet atau dijadikan hidangan sampingan untuk lamb chop,chicken chop dan menu Western yang lain.

Ada banyak jenis kentang yang dijual di pasaraya Malaysia. Dan yang sesuai untuk resepi kentang putar kita adalah antaranya dari jenis Kentang Russet. Kulitnya keperangan dan isi bewarna putih kekuningan. Mempunyai jumlah kanji yang tinggi dan tekstur bertepung bila dimasak, memang sesuai la untuk direbus dan dilenyek bagi jadikan mashed potato ni.

Kalau nak dapatkan tektur kentang putar seperti di restoran makanan segera, selepas anda lenyek, masukkan dalam food prosesser dan hancurkan sebati. Kalau guna pengisar makanan, ianya tak menjadi sangat sebab perlukan cecair untuk gerakkan mesin.

Satu lagi tips untuk dapatkan kuah blackpepper yang sedap adalah penggunaan bawang. Jika anda gunakan bawang dari jenis bawang Holland yang bewarna coklat kekuningan tu, kuah menjadi rasa bau bawang dan tidak sesedap berbanding anda gunakan bawang merah India besar.

Bawang merah India lebih terasa kemanisan apabila ditumis hingga masak.

Bahan Resepi Kentang Putar Sedap :

5 biji kentang saiz sederhana
3 sudu makan butter cair
Secubit garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam



Cara buat butter cair tu senang je. Panaskan dalam kuali hingga ianya mencair.

Bahan Kuah Blackpepper :

2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan butter
1 biji bawang merah besar India kisar
Setengah kiub ayam
3 sudu makan sos lada hitam
Secubit Garam
Air ( ikut kepekatan kuah yang anda mahu )
Kicap manis ( ikut tahap gelap kuah anda mahu )



Cara Penyediaan Resepi Kentang Putar Dan Kuah Blackpepper :

#1: Untuk kentang putar atau mashed potato ini, kupas, potong dan bersihkan ubi kentang. Rebus/kukus sampai empuk.Toskan dan lenyek ketika masih panas.Masukkan butter cair,garam,lada hitam.Kacau sebati dan pastikan kentang dilenyek halus.

#2: Untuk kuah blackpepper pula, panaskan butter dan tumis bawang kisar hingga naik bau dan masak sepenuhnya untuk elakkan rasa bawang. Sambil tu , dalam satu bekas, kacau tepung dan air hingga sebati. Baru masukkan dalam periuk dan kacau hingga mendidih.Guna api sederhana sahaja.

#3: Masukkan sos lada hitam pilihan ada,kicap, kiub ayam, garam dan sedikit air jika pekat.Biarkan mendidih dan adjust lagi jika masih pekat dan kurang rasa. Sebab tu tambah air sedikit demi sedikit ea.

Dah siap dah resepi kentang putar anda ni. Nak bentuk cantik, gunakan scop aiskrim.Memang dah gaya makan di restoran dan cara hidangan anda sama ada lamb chop atau chicken chop. Selamat mencuba.

Kredit : daridapur

No comments:

Post a Comment