Resepi Kuih Keria Sedap - Bonda

Thursday, 16 May 2019

Resepi Kuih Keria Sedap



Bahan-bahan:

Ubi keledek
Tepung gandum
Baking powder
Minyak masak

Bahan Sira:

Gula kasar (Kuantiti bergantung berapa banyak kuih yang dapat. Biasanya bonda letak 3 sudu besar gula / suku cawan gula bagi 20 biji kuih keria)
Air

Cara Membuat :

#1-Bersihkan dan rebus ubi keledek sehingga empuk. Sejukkan. Buangkan kulit.
#2-Potong ubi kecik-kecik. Lenyekkan sehingga hancur.
#3-Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Gaul rata. Tambah tepung gandum sehingga adunan tak melekat.
#4-Ambik sikit bulatkan agak-agak besar bola ping pong. Buat lubang ditengah guna jari telunjuk.
(Terpulanglah nak besar mana. Kalau melekat guna tepung sikit).
#5-Sudah siap dibentuk. Sediakan kuali. Panaskan minyak.
#6-Masukkan adunan tadi. Goreng sehingga warna keemasan.
#7-Toskan dan biarkan sejuk.
#8-Sediakan kuali. Masukkan beberapa sudu gula dan sedikit air. Kacau sehingga gula tadi berbuih dan pekat.
#9-Masukkan kuih yang telah digoreng tadi.
#10-Kacau rata sehingga gula kering. Tutup api dapur. Biarkan sejuk.
Siap untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment