Kuih badak berendam hampir sama dengan kuih buah melaka, namun berbeza pada cara penyediaan inti dan kuahnya. Di mana, kuih buah melaka tidak pakai kuah santan namun pakai kelapa parut. Untuk inti pula, kuih buah melaka hanya menggunakan inti gula melaka sahaja. Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap kuih badak berendam sama dengan kuih sopang di Negeri Sembilan tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali dari segi proses dan juga rasa.
Kuih badak berendam terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur nisan (gula melaka). Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis. Kuih ini dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak.
Pada perkongsian kali ini, kami akan mengongsikan resepi kuih badak berendam yang sedap dan manis yang dibahagikan oleh Irhana Canella di Facebook. Sila mencuba resepi ini.
Resepi Kuih Badak Berendam Kuah Santan Lemak Manis
Bahan-bahan Yang Digunakan
Tepung pulut.
Air kapur.
Pewarna hijau.
Gula melaka potong kecil-kecil.
Santan pekat.
Garam sedikit.
Tepung beras sedikit.
Cara Membuat Kuih Badak Berendam
1. Uli tepung pulut, air kapur dan pewarna sampai jadi doh.
2. Bulat-bulatkan dan bubuh inti gula melaka.
3. Jadikan bebola kemudian susun dalam bekas.
4. Santan di bancuh dengan tepung beras sedikit dan bubuh garam sedikit untuk naik lemak. Bancuh jangan pekat jangan cair, sedang-sedang saja.
5. Setelah itu, masukkan sekali ke dalam bekas yang ada buah melaka tadi.
6. Akhir sekali kukus sampai masak dalam 15 minit. Siap.
No comments:
Post a Comment