Resepi Kuih Siput Mudah - Bonda

Tuesday, 21 May 2019

Resepi Kuih Siput Mudah


Kuih siput merupakan kuih kegemaran zaman berzaman. Kadang-kadang boleh menjadi gaduh, mencabar kesabaran untuk menyiapkan kuih siput ini rentetan buat dalam bulan puasa ini.

Bahan-Bahan: 

1kg tepung gandum
1 cawan marjerin
7 pelepah daun kari
Daun sup
Sepeket kecil serbuk kari
Sedikit serbuk cili
Jintan manis * lg byk lg sedap
Udang kering *
2 biji Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara-Cara Penyediaan : 

1. Racik halus daun kari dan daun sup... *
2. Kisar Jintan manis bersama udang kering.
3. Campur semua Bahan kecuali air ke dalam bekas.
4. Gaul hingga sebati. Kemudian masuk air Sedikit demi sedikit. Bancuh adunan hingga adunan tak melekat di tangan.
5. Kemudian bentuk kuih Siput menggunakan acuan kuih Siput (seperti dlm gambar).
6. Setelah siap. Goreng dalam Minyak penuh sehingga keperangan. Toskan kemudian masuk dalam bekas.

Kredit resepi: Khairidawati Saad

No comments:

Post a Comment