Resepi biskut susu yang ada di bawah ini memang sangat menepati citarasa kami yang cuba membuatnya kali pertama.Berbeza sangat dengan biskut susu 2 bahan tu. Memang senang tapi bila dibuat, hanya rasa susu lemak manis yang dicampur tepung.
Kombinasi rasa inilah yang sesuai untuk biskut susu yang boleh dimasukkan dalam koleksi biskut raya anda. Kalau nak rasa yang lagi premium, gantikan marjerin berjenam Buttercup itu dengan pure unsalted butter jenama Anchor dan sebagainya. Lagi bertambah kesedapan dia. Takpe guna bahan mahal, untuk dijamu seisi keluarga juga kan.
Bahan Resepi Biskut Susu Istimewa :
250 gram marjerin Buttercup atau guna pure unsalted butter 3/4 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanilla
4 sudu makan susu tepung Nespray atau ikut pilihan anda
380 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam
Hirisan ceri merah secukupnya
Cara Penyediaan Resepi Biskut Susu Premium :
#1: Dalam satu bekas, masukklan marjerin/butter bersama gula.Mixer hingga sebati dan warna bertukar menjadi putih gebu.
Baru tambahkan esen vanilla, susu dan garam. Kacau sekejap supaya sebati dan tutup suis. Mula masukkan tepung jagung sedikti demi sedikit sambil menguli dengan tangan. Uli hingga mulai menjadi doh dan tidak lekat ditangan.
#2: Ambil sedikit doh dan mula gentel-gentelkan bulat licin. Saiz anda agak-agak sahaja atau cedok doh dengan sudu teh.Barulah nampak sekata cantik biskut susu anda.
Sambil tu panaskan oven pada suhu 160’C selama 10 minit. Doh yang digentel cantik disusun atas dulang pembakar. Letak hirisan ceri merah di atas permukaan biskut dan tekan sedikit dengan hujung sudu supaya melekat. Kalau nak letak doh dalam paper cup pun boleh juga.Terpulang ya.
Bakar biskut susu anda selama 15-18 minit pada suhu 150’C guna api atas bawah. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara ya.
Dah siap resepi biskut susu original dan rasa premium ni.Selamat mencuba.
Best.
No comments:
Post a Comment