Resepi Magnum Cheesetart Sedap - Bonda

Tuesday 28 May 2019

Resepi Magnum Cheesetart Sedap


Bahan – bahan:

Bahan – bahan untuk tart shell:

125 gm margerin
50 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur ~ gred A
250 gm tepung gandum
5 gm susu Nespray full cream
1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

Bahan – bahan untuk inti cheese:

500 gm cream cheese ( cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )
30 gm butter
100 gm gula icing
1 biji telur gred A ( kocok perlahan dahulu )
Sedikit esen vanilla

Bahan – bahan untuk lapisan coklat luar:

Chocolate compound

Cara – cara memasak:

Tart shell:

1-Pukul margerin dan gula icing hingga sebati
2-Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung.
3-Uli sebati dengan senduk kayu.
4-Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm.
5-Buang lebihan doh tepi acuan.
6-Cucuk bahagian tengah dengan garfu.
7-Buat hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping.
8-Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit

Inti cheese:

1-Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu.
2-Masukkan telur* Nota: telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu ( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )
3-Kemudian putar sekejap.
4-Susun shell tart dalam tray.
5-Letakkan filling di tengahnya* Nota: filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella.
6-Masukkan cream cheese dalam piping bag.
7-Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.
8-Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak.
9-Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.

Lapisan coklat luar:

1-Cairkan coklat compound/coins gunakan kaedah double boiler / cairkan dalam microwave.
2-Selepas tart sejuk, celupkan dalam coklat yg telah cair dan hiaskan dengan shredded almond.
3-Lapisan coklat akan mengeras bila disejukkan.
kredit resepi:izzmarzuki
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment