Bahan-bahan :
*(loyang 8×8)
20g agar-agar tali
5 cawan air
3/4 cawan gula
Bahan Blender :
5 keping roti gardenia
1 tin susu cair
2 biji telur
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung kastard
1 penutup botol esen vanilla (star brand)
*Blender hancur/halus
Cara-cara :
1-Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula. Kacau-kacau rata.
2-Kemudian masukkan bahan blender. Sentiasa kacau sehingga agak pekat. Tutup api.
3-Bahagikan adunan agar-agar ke dalam 3-4 bekas. Warnakan ikut suka.
4-Guna sudu/senduk untuk setiap warna berselang seling. Bertindan-tindan sehingga habis adunan.
5-Bekukan dalam peti sejuk selama 2 jam.
6-Kemudian potong. Hidang sejuk-sejuk lagi sedap.
No comments:
Post a Comment