Resepi Mee Hailam Sedap dan Mudah - Bonda

Friday, 10 May 2019

Resepi Mee Hailam Sedap dan Mudah


Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Amat jarang kita merasai mee hailam sedap nie kerana banyak kedai yang tidak menyediakannya. Saya pernah merasai mee hailam di salah sebuah kedai makan. Rasanya memang sedap lagipun penyediaannya adalah amat simple dan rasanya juga sedap.

Bahan-bahan : 

1/2 kg mee kuning
1/4 kg daging ayam dan daging lembu - direbus
10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
Sos cili
Sos tomato
Kicap

* Ditumbuk terlebih dahulu

Cara-cara Penyediaan : 

#1- Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
#2- Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar2 masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.
#3- Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
#4- Selepas itu anda masukkan pula ajinomoto, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)
#5- Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
#6-Kemudian anda masukkan mee. Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili. Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.
#7- Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
#8- Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.

Mee hailam sedap dan simple anda telah pun siap. Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment