Resepi Satay Ayam/Lembu/Kambing Turun Menurun - Bonda

Friday, 10 May 2019

Resepi Satay Ayam/Lembu/Kambing Turun Menurun


RESEPI DAGING SATAY

Bahan-bahan : 

1 kilo daging kambing/lembu/ ayam (buang urat daging,cuci dan tos.Potong daging tipis dan memanjang)
2 sudu makan gula merah
2 sudu teh garam
Lidi satay secukupnya, rendam dalam air semalaman

Bahan-bahan yang perlu dikisar

10 biji bawang merah
10 biji bawang putih
3 cm lemgkuas
3 batang serai
4 cm halia
3 cm kunyit
3 sudu jintan putih(disangai) – ditumbuk lumat
3 sudu ketumbar (disangai) – ditumbuk lumat
3 sudu teh jintan manis (disangai) – ditumbuk lumat
½ kilo kacang tanah digoreng tanpa minyak kemudian dikisar kasar.


Bahan B-( kesemua bahan ini dibancuh)

1 biji buah keras , ditumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu besar minyak makan

CARA MEMASAK:

#1. Kisar semua bahan dan digaul bersama gula dan daging kambing. Gaul rata-rata.
#2. Perapkan daging selama 1 jam dan disimpan didalam peti sejuk .
#3. Cucukkan daging kambing pada lidi .
#4. Air dari daging jangan dibuang kerana akan digunakan membuat kuah. Setelah daging sebati dengan rempah, barulah boleh dicucuk kemudian dibakar atau digoreng saja.
#5. Renjis dengan bahan "B" dengan menggunakan sebatang serai dan bakarlah sehingga garing dan masak. Hidangkan dengan kuah satay, ketupat, hirisan timun dan bawang.

RESEPI KUAH SATAY

Bahan-Bahan : 

600 gm kacang tanah ( digoreng/dibuang kulit dan ditumbuk kasar/ pecah)

Bahan-bahan dikisar

4 Biji buah keras
1 sudu besar ketumbar biji – disangai
1 Sudu kecil jintan puitih – disangai
1 Sudu kecil jintan manis – disangai
20 gram udang kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai dihiris
½ inci halia
3cm lengkuas
½ inci belacan bakar
½ cawan santan
Bahan2 lain:
5 Sudu makan cili kering kisar
1 cawan gula Kabung
1 cawan minyak
1 batang serai (dititik)
40 gram Asam Jawa
Serbuk kunyit
garam dan gula pasir secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

#1- Satukan gula Melaka dengan asam jawa-diramas dengan air yang cukup untuk mendapatkan 500 gram air asam jawa .
#2- Panaskan periuk dan masukkan minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar dan serai hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.
#3- Apabila sudah naik minyak, masukkan bancuhan gula merah , air asam. Masukkan kacang tanah tadi ke dalam bahan tumisan sedikit demi sedikit diselang selikan dengan air. Masak menggunakan api yang sederhana. Bila sudah melegak, masukkan, garam secukup rasa.
#4- Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai2lah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.

Note: Jika anda membuat satay, baki air dari satay itu boleh juga dimasukan ke dalam kuahnya.

No comments:

Post a Comment